Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

3) COVID-19

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah dalam RM yang telah disalurkan oleh Kerajaan Selangor sepanjang tempoh menghadapi penularan COVID-19. Nyatakan pecahan atau tujuan kegunaan dana yang disalurkan.

    Soalan ini akan dijawab bersekali dengan soalan mulut No. 73 (a) dan (c) – Covid -19 dari Hulu Kelang, No. 228 – Perbelanjaan Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (Mac – Jun) dari Bukit Lanjan, No. 285 – Bantuan Covid – 19 dari Sungai Burong, dan No. 293 (a) dan (b) – Bantuan Rakyat dari Sungai Air Tawar.

    a) Kerajaan Negeri telah menyediakan bantuan kepada penduduk di Negeri Selangor di bawah Pakej Rangsangan Selangor Prihatin. Di bawah Pakej ini, terdapat sebanyak 42 inisiatif telah diperkenalkan yang melibatkan impak kewangan sebanyak RM413.933 juta.

    Perincian setiap inisiatif berserta jumlah peruntukan adalah seperti di Lampiran IA.