Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
182) BEKALAN MAKANAN YANG CUKUP
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah sasaran Kerajaan Negeri dari segi mempunyai bekalan makanan yang mencukupi bagi Selangor?
Kerajaan Negeri Selangor sememangnya berhasrat untuk mempunyai bekalan makanan yang mencukupi bagi Selangor. Walau bagaimanapun, jumlah populasi Selangor sebanyak 6.5 juta penduduk dan persaingan guna tanah yang pesat, banyak keperluan makanan Selangor bergantung kepada negeri lain. Sebagai contoh pengeluaran padi di Selangor hanya mampu menampung 33 peratus keperluan rakyat Selangor. Namun begitu, keperluan bagi telur ayam, sayur daun dan beberapa tanaman lain mencapai 100 peratus kadar sara diri untuk Selangor. Kerajaan Negeri telah pun mempunyai cadangan untuk meningkatkan tahap sara diri bagi komoditi pertanian yang dikenalpasti.
-
Bagaimana pendekatan pertanian moden mampu menyediakan makanan yang mampan, pelbagai dan mencukupi?
Selangor sentiasa ke hadapan dalam membangunkan pertanian moden untuk menyediakan makanan yang mencukupi, selamat dan mampan. Penggunaan teknologi seperti smart farming, IOT, plant factory, teknologi fertigasi, akuaponik, hiroponik, airhydropot, NFT, vertical farming dan lain-lain dapat membantu mengeluarkan makanan dalam kawasan yang terhad. Selain daripada itu, Selangor juga menggalakkan penggunaan teknologi mesra alam, penggunaan bahan organik dan kitar semula.