Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

172) SKIM PEDULI SIHAT & KASIH IBU SMART SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Setelah penjajaran dibuat terhadap kedua-dua skim ini, berapakah bilangan nama penerima terkini dan bilangan nama yang ditolak? Senaraikan mengikut pecahan DUN.

    SEKSYEN SEKTORAL, UPEN

    Setelah proses penjajaran dilaksanakan pada tahun 2019, bilangan penerima terkini manfaat Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) ialah 18,550 orang, manakala seramai 20,898 orang penerima pula telah ditolak. Bagi Skim Insurans Peduli Sihat pula, bilangan penerima penerima terkini yang menerima manfaat skim tersebut ialah 79,044 orang dan seramai 293,055 orang penerima telah ditolak selepas proses penjajaran. Senarai penerima berkenaan adalah seperti di jadual di Lampiran A.

    SEKSYEN PIHAK BERKUASA TEMPATAN, UPEN

    Senarai Penerima SIPS

  2. Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi menggantikan inisiatif-inisiatif ini kepada golongan sasar yang terlibat?

    SEKSYEN SEKTORAL, UPEN

    Buat masa ini, penerima Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) boleh menerima manfaat dari program-program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) lain yang disediakan oleh agensi-agensi yang menawarkan manfaat kepada seluruh rakyat di Selangor. Selain itu, mereka juga boleh menyertai program-program lain yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri melalui Pusat Wanita Berdaya (PWB) di setiap 56 Dewan Negeri Selangor yang meliputi pelbagai aktiviti dan latihan kemahiran yang boleh dipelajari dalam usaha meningkatkan taraf dan kualiti kehidupan.

    Bagi Skim Insurans Peduli Sihat, walaupun telah ditambahbaik dari segi syarat kelayakan dan kuota permohonan, namun Kerajaan Negeri masih lagi mengekalkan program-program kesihatan yang lain yang akan terus memberi manfaat kepada golongan B40. Kerajaan Negeri juga akan terus mengkaji program-program kesihatan yang baharu untuk dilaksanakan berdasarkan situasi dan keperluan semasa.

    Di antara program kesihatan yang terus boleh dinikmati oleh golongan B40 di Negeri Selangor adalah program Bantuan Sihat Selangor (BSS) yang memberi manfaat kepada pesakit-pesakit dialisis, kanser, katarak mata malah membantu golongan B40 untuk mendapatkan bantuan kaki palsu dan lampin pakai buang. Menyedari betapa bahayanya jangkitan penyakit Tuberculosis atau Tibi, Kerajaan Negeri turut memperkenalkan Program Insentif Rawatan Tibi untuk membantu pesakit-pesakit Tibi dalam kalangan B40 bagi mendapatkan rawatan Tibi di fasiliti kesihatan tanpa gagal.

    Selain daripada itu, golongan M40 dan B40 juga turut menikmati manfaat daripada program Skim Rawatan Jantung yang menawarkan bantuan rawatan secara percuma dengan nilaian sehingga RM20,000.00 bagi setiap pesakit. Program ini masih berjalan lagi sehingga ke hari ini.

    SEKSYEN PIHAK BERKUASA TEMPATAN, UPEN

    Walaupun program Skim Insurans Peduli Sihat telah ditambahbaik dari segi syarat kelayakan dan kuota permohonan, namun Kerajaan Negeri masih lagi mengekalkan program-program kesihatan yang lain yang akan terus memberi manfaat kepada golongan B40. Kerajaan Negeri juga akan terus menilai bagi pelaksanaan program-program kesihatan yang baharu berdasarkan situasi dan keperluan semasa.

    Di antara program kesihatan yang masih boleh dinikmati oleh golongan B40 di negeri Selangor adalah program Bantuan Sihat Selangor (BSS) yang mana memberi manfaat kepada pesakit-pesakit dialisis, kanser, katarak mata malah membantu golongan B40 mendapatkan bantuan kaki palsu dan lampin pakai buang. Menyedari betapa bahayanya jangkitan penyakit Tuberculosis atau Tibi, Kerajaan Negeri turut memperkenalkan Program Insentif Rawatan Tibi bagi membantu pesakit-pesakit Tibi di kalangan B40 untuk mendapatkan rawatan Tibi di fasiliti kesihatan tanpa gagal.

    Selain daripada itu, golongan M40 dan B40 turut menikmati manfaat daripada program Skim Rawatan Jantung yang menawarkan bantuan rawatan secara percuma sehingga RM20,000.00 bagi setiap pesakit. Program ini masih berjalan sehingga ke hari ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.