Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

161) WABAK DENGGI

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan statistik kes demam Denggi mengikut daerah bagi tahun 2020.

    Statistik kes demam Denggi mengikut daerah bagi tahun 2020:

  2. Apakah program sepanjang tahun 2020 yang telah dilakukan demi membasmi masalah wabak Denggi?

    Ekoran dari kejadian wabak Pandemik COVID-19 yang melanda negeri Selangor bermula bulan Febuari 2020 dan pengisytiharan PKP pada pertengahan Mac, kebanyakan program/ aktiviti pencegahan denggi yang melibatkan kerjasama secara besar-besaran dari komuniti dan agensi terpaksa di tunda. Walau bagaimanapun, beberapa program/ aktiviti denggi masih tetap dijalankan di peringkat Negeri Selangor mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh KKM seperti:

    i. Mesyuarat Tindakan Denggi Peringkat Negeri Selangor (dilaksanakan sebanyak 2 kali pada tahun 2020).

    ii. Pemakluman melalui surat rasmi “Dengue Alert” Peningkatan Peningkatan Kes Denggi di Selangor secara berkala serta Amaran Peningkatan Kes Denggi mengikut situasi semasa (contoh cuti persekolahan, cuti perayaan dll) kepada pihak berkaitan seperti fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta dalam Selangor, PBT, Kerajaan Negeri Sekolah, Agensi Kerajaan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, JAIS dan MAIS serta lain-lain.

    iii. Kempen Selangor Gempur Aedes (KSGA) tahun 2020.

    iv. Program Selangor Bebas Aedes Tempat Kerja dan Kuarters (Kerajaan) 2020.

    v. Program pengukuhan dan pemurnian Program Bebas Denggi Sekolah pada tahun 2020.

    Program yang dijalankan oleh setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sepanjang tahun 2020 adalah seperti berikut:

Lampiran

Tiada Lampiran.