Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
91) GRED-GRED PENGARAH MAJLIS PERBANDARAN KLANG (MPK)
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan gred-gred semua pengarah di Majlis Perbandaran Klang.
Gred Pengarah-pengarah di Majlis Perbandaran Klang adalah seperti berikut:
-
Adakah semua pengarah mendapat gred yang telah diberi oleh JPA?
Semua Pengarah di Majlis Perbandaran Klang telah mendapat gred masing-masing mengikut waran yang telah diluluskan oleh JPA. Majlis Perbandaran Klang telah membuat permohonan pengukuhan perjawatan pada tahun 2019 melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan sedang dalam pertimbangan dan kelulusan pihak JPA. Permohonan pengukuhan Perjawatan ini dibuat secara menyeluruh di peringkat Kumpulan Pengurusan Dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana termasuk menaik taraf gred Pengarah, gred Kenaikan Pangkat dan Lantikan.