Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
55) PERKHIDMATAN PEMBAYARAN SECARA DALAM TALIAN (ONLINE) DI JABATAN KERAJAAN NEGERI/ TEMPATAN
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan perkhidmatan pembayaran secara dalam talian (online) yang terdapat di setiap Jabatan Kerajaan Negeri/ Tempatan pada masa kini.
PEJABAT TANAH & GALIAN SELANGOR (PTGS)
Portal eHasil bertujuan untuk memudahkan orang awam bagi membuat semakan dan seterusnya melaksanakan pembayaran cukai tanah dan cukai petak secara atas talian melalui medium FPX.
Pihak PTGS juga telah membangunkan sistem pembayaran perserahan urusniaga dan bukan urusniaga bagi hakmilik tanah dan hakmilik strata secara atas talian melalui medium Sistem Smartbox. Pelanggan boleh membuat pembayaran perserahan secara atas talian dengan menggunakan kaedah FPX tanpa perlu hadir di kaunter dan seterusnya melaksanakan perserahan secara layan diri di PTGS melalui kiosk perserahan Smartbox.
PEJABAT DAERAH DAN TANAH SABAK BERNAM (PDTSB)
Perkhidmatan pembayaran secara dalam talian (online) yang terdapat di Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam (PDTSB) adalah melibatkan bayaran dan semakan cukai tanah sahaja melalui Sistem e-Hasil.
PEJABAT DAERAH/TANAH HULU SELANGOR
Perkhidmatan pembayaran secara dalam talian (online) yang digunakan di Pejabat Daerah/Tanah Hulu Selangor adalah seperti:-
Sistem e-Hasil , Sistem Tender Online
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR (JAKESS)
JAKESS masih belum mempunyai Perkhidmatan Pembayaran Secara Dalam Talian (Online). Perkhidmatan yang ada terhad kepada semakan status kes, semakan bidangkuasa tempat bagi setiap mahkamah dan rujukan undang-undang.
PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) NEGERI SELANGOR
Senarai perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh PBT di Negeri Selangor adalah seperti yang berikut:
i. Semakan dan pembayaran cukai taksiran
ii. Semakan dan pembayaran kompaun trafik dan kompaun
iii. Permohonan dan pembaharuan lesen perniagaan
iv. Permohonan dan pembaharuan lesen anjing
v. Permohonan dan pembayaran permit bazar Ramadan
vi. OSC.net
vii. Tempahan dan pembayaran dewan serbaguna
viii. Tempahan dan pembayaran gelanggang badminton
ix. Pembayaran bil air majlis
x. Pembayaran bil pelbagai
xi. Pembayaran bil cagaran
xii. Pembayaran sewaanAntara saluran pembayaran adalah seperti berikut :
1. Kiosk PBT
2. Portal PBT
3. Internet / online banking
4. Agensi luar
– PBT/PTD
– Pos Malaysia
– Aplikasi mypay (Dapat Vista (M) Sdn Bhd)
– Kios paylink (Paylink Global (M) Sdn Bhd)
– E-pay (E-Pay (M) Sdn Bhd)