Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
50) STATUS TANAH IWK YANG TERBIAR SELEPAS LOJI RAWATAN KUMBAHAN DINYAHTAULIAH
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan tanah ataupun kawasan loji rawatan kumbahan yang telah dinyahtauliahkan (decommissioned) di bawah DUN Bandar Utama dengan alamat yang spesifik.
Tiada senarai khusus kawasan loji rawatan kumbahan yang telah dinyahtauliahkan di bawah DUN Bandar Utama. Walau bagaimanapun, maklumat dari IWK setakat September 2018 terdapat 33 tapak loji rawatan kumbahan telah ditamatkan operasi di kawasan bandar Petaling Jaya. Maklumat terperinci adalah seperti di Lampiran A.
-
Sila nyatakan status di bawah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Petaling untuk nombor aset PJA043 (tanah yang telah dinyahtauliahkan). Adakah Kerajaan Negeri/ Tempatan boleh memohon untuk menggunakan tanah tersebut untuk kepentingan orang awam?
Merujuk kepada 33 tapak seperti di Lampiran A, nombor aset PJA043 tiada dalam senarai loji yang telah ditamatkan operasi yang diberikan oleh IWK setakat September 2018. Tanah yang digunakan oleh IWK bagi tujuan Loji Rawatan Kumbahan adalah berstatus tanah rizab persekutuan yang telah diwartakan bagi tujuan Sistem Pembentungan yang dikawal oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan, Sehubungan itu, Kerajaan Negeri boleh memohon untuk menggunakan tanah kumbahan yang telah dinyahtauliah untuk kepentingan awam dengan terlebih dahulu memohon pelepasan tanah rizab persekutuan daripada Kerajaan Persekutuan selaras dengan Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bil. 2/2015.