Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
46) PERUMAHAN DESA SUBANG PERMAI SEKSYEN U6 SHAH ALAM-TURAPAN SEMULA KESELURUHAN JALAN-JALAN
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah sebarang rancangan Kerajaan Negeri (jika ada) untuk menurap semula jalan-jalan di kawasan perumahan tersebut?
Pihak Majlis memaklumkan tidak menyenaraikan kerja-kerja turapan jalan di sekitar kawasan Seksyen U6, Shah Alam. Walau bagaimanapun pihak Majlis telah menjalankan kerja-kerja turapan jalan, pembaikan longkang dan pembaikan kabel lampu jalan di sekitar Seksyen U5 dan juga Seksyen U9.
Permohonan bagi kerja-kerja pembaikan jalan, longkang dan lampu jalan bagi tahun 2021 boleh diserahkan kepada pihak Majlis untuk dipertimbangkan berdasarkan peruntukan yang akan diperolehi.
-
Jika ada, bilakah ianya akan dilaksanakan dan berapa lama ?
Projek MARRIS bagi tahun 2021 penyediaan dokumen dijangka mengambil masa dalam tempoh 3 bulan termasuk proses iklan dan perlaksanaan kerja ditapak dijangka bermula pada bulan April atau Mei tahun 2021.
-
Jika tiada, adakah Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan permohonan ini memandangkan usia jalan yang telah lebih 20 tahun dan kerap dilalui oleh kenderaan-kenderaan berat memasuki kawasan kilang berhampiran dan merosakkan jalan?
Pihak Majlis telah menyenaraikan projek pembaikan jalan di kawasan sekitar U6 menggunakan peruntukan MARRIS tahun 2021.