Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

29) KILANG HARAM

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Negeri Selangor mempunyai berapa kilang haram?

    Jumlah kilang tanpa kebenaran di Selangor secara keseluruhannya adalah 5589 buah kilang sehingga September 2020. Walau bagaimanapun, bancian masih lagi dijalankan sehingga tamat Program Pematuhan Syarat dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran iaitu pada 31 Disember 2020.

  2. Bagaimana Kerajaan Negeri ingin mengatasi masalah tersebut?

    Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 25/2019 bertarikh 28 Ogos 2019 telah bersetuju untuk meluluskan cadangan Program Pematuhan Syarat dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran di Negeri Selangor bermula 1 Oktober 2019 sehingga 30 September 2020.

    Walau bagaimanapun, MMKN ke 25/2020 bertarikh 8 Julai 2020 telah bersetuju untuk melanjutkan program ini sehingga 31 Disember 2020 berikutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah berkuat kuasa susulan pandemik wabak Covid-19.

  3. Barapakah pemohonan program Pemutihan Kilang Haram sehingga kini mengikut daerah?

    Jumlah permohonan program pemutihan kilang tanpa kebenaran (kilang haram) sehingga kini mengikut daerah adalah seperti berikut:

Lampiran

Tiada Lampiran.