Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

14) TINDAKAN KERAJAAN NEGERI TERHADAP INVIDIDU ATAU ORGANISASI AKIBAT PENCEMARAN SUMBER AIR

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah dan senaraikan syarikat-syarikat yang telah mencemarkan sumber air di Negeri Selangor?

    Berdasarkan peruntukan di dalam Sek.79 (4) Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999, seseorang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi seratus ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi tempoh tiga tahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya lima ribu setiap hari kesalahan diteruskan setelah pemberitahuan oleh lembaga menghendaki pematuhan diserahkan.

    Senarai maklumat pihak yang melakukan pencemaran sumber air di Negeri Selangor dan tindakan yang diambil terhadap premis tersebut adalah seperti di LAMPIRAN A. *Juga menjawab pertanyaan mulut Bil.24(a), Bil.42(b)&(c), Bil. 126(a), Bil. 132(b), Bil. 165(c) , Bil. 270(b) & pertanyaan bertulis Bil 14(a)&(b),

  2. Apakah tindakan yang diambil terhadap syarikat-syarikat tersebut?

    Seperti di LAMPIRAN A *Juga menjawab pertanyaan mulut Bil.24(a), Bil.42(b)&(c), Bil. 126(a), Bil. 132(b), Bil. 165(c) , Bil. 270(b) & pertanyaan bertulis Bil 14(a)&(b),

  3. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memindahkan semua kilang-kilang atau syarikat-syarikat yang berdekatan dengan sungai bagi mengatasi masalah pencemaran sumber air berulang?

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, buat masa ini Kerajaan Negeri sedang melaksanakan operasi pemutihan kilang-kilang haram dan tempoh bancian adalah sehingga 31 Disember 2020. Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan mengkaji cadangan untuk memindahkan semua kilang-kilang atau syarikat-syarikat yang berdekatan dengan sungai serta memastikan tiada industri atau tapak perindustrian dibenarkan di sepanjang rizab sungai bagi mengatasi masalah pencemaran sumber air berulang.

    Merujuk kepada Pekeliling Pengarah Tanah Dan Galian Selangor Bilangan 2 Tahun 2019, pemilik berdaftar tanah diberi tempoh selama satu (1) tahun untuk memulihkan tanah atau membuat permohonan menukar kategori tanah.

    Selepas tempoh satu (1) tahun berakhir dan tanah masih belum dipulihkan, Pejabat Tanah dan Daerah hendaklah mengeluarkan notis dalam borang 7B (Notis Supaya Menunjukkan Sebab) dan tindakan diteruskan sehingga kepada perampasan tanah.

    Selain itu, berikutan insiden pencemaran sungai yang menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) sejak akhir-akhir ini, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) melalui JAS sedang menyediakan draf pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 iaitu bagi menaikkan jumlah penalti (denda dan/atau penjara) dan nilai kompaun serta menetapkan standard pelepasan yang lebih ketat.

Lampiran

Tiada Lampiran.