Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
6) INFRASTRUKTUR PERKHIDMATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah peruntukan tambahan yang diterima dari Kerajaan Persekutuan untuk kerja penambahbaikan infrastruktur perkhidmatan kesihatan Negeri Selangor.
Bagi Tahun 2020 Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah diperuntukan sebanyak RM8,699,844.00 yang diturunkan secara berfasa melalui Peruntukan Pembangunan P42 di bawah BP00600 – Naiktaraf, Ubahsuai dan Pembaikan. Peruntukan ini disalurkan ke seluruh Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor mengikut keutamaan.
-
Senaraikan projek yang terlibat.
Projek-projek yang menggunakan peruntukan BP00600 ini adalah pelbagai dan melibatkan hospital, klinik-klinik kesihatan dan klinik pergigian di bawah seliaan Pengarah Hospital, Pejabat Kesihatan dan Pergigian Daerah di Selangor. Bilangan projek mengikut PTJ adalah seperti di Lampiran 1.