Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

283) Pangsapuri Desa Satu Aman Puri Kepong

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan pihak PBT atau Kerajaan tentang masalah warga asing yang menjalankan perniagaan dalam kawasan tersebut?

    Terdapat aktiviti yang dibenarkan untuk dijalankan oleh pihak warga asing dengan mendapat kelulusan dan kebenaran daripada agensi kerajaan seperti Kementerian Dalam Negeri, Pihak MITI dan Jabatan Imigresen. Pihak Berkuasa Tempatan hanya meluluskan sesuatu lesen sekiranya mendapat kelulusan daripada pihak di atas.

  2. Adakah ubahsuai struktur bangunan di kawasan tersebut mendapat kelulusan pihak berwajib?

    Secara umumnya, semakan yang telah dilakukan oleh Jabatan mendapati terdapat pelbagai kesalahan yang berlaku di kawasan Pangsapuri tersebut. Tindakan penguatkuasaan adalah melibatkan pelbagai agensi luaran dan dalaman merujuk kepada Manual Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Selayang 2030.

  3. Adakah pihak PBT ada menerima apa-apa aduan berkenaan permasalahan penduduk di kawasan tersebut?

    Bagi tempoh Januari sehingga September 2020, Jabatan Korporat telah menerima sebanyak 18 aduan berkaitan Pangsapuri Desa  Satu Aman Puri Kepong. Sebanyak 4 aduan diterima berkaitan penjaja dan telah diambil tindakan oleh Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MPS dan sebanyak 2 aduan berkaitan ubahsuai struktur bangunan telah diterima dan telah diambil tindakan. Aduan lain yang diterima berkaitan Pangsapuri Desa Satu Aman Puri Kepong adalah berkaitan Badan Pengurusan Pangsapuri (JMB), aduan berkaitan taman permainan, aduan berkaitan sampah dan kacau ganggu bengkel.

Lampiran

Tiada Lampiran.