Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
270) KES Dakwaan Pencemaran Sungai
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan kes pendakwaan pencemaran sungai yang sedang dibicarakan di mahkamah?
Di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974, pencemaran sungai merupakan kesalahan di bawah Seksyen 25(1) dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM 100,000.00 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya.
- Bilangan kes pendakwaan berkaitan pencemaran sungai yang sedang dibicarakan adalah sebanyak dua (2) kes.
- Bagi 91 kes mahkamah yang telah selesai, jumlah keseluruhan denda adalah sebanyak RM 915,000.00.
-
Apakah hukuman yang telah dikenakan setakat ini?
Senarai tindakan pendakwaan yang telah diambil bagi kesalahan-kesalahan berhubung pencemaran sumber air di Selangor adalah seperti di LAMPIRAN A. *Juga menjawab pertanyaan mulut Bil.24(a), Bil.42(b)&(c), Bil. 126(a) , Bil. 132(b) , Bil. 165(c) , Bil. 270(b) & pertanyaan bertulis Bil 14(a)&(b).