Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
255) ISU Banjir Dun Rawang
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimana Kerajaan Negeri ingin menyelesaikan masalah Banjir di atas jalanraya B27 Rawang (Depan AEON Rawang)
Pihak JKR Selangor sedia maklum mengenai isu masalah banjir yang berlaku dan dalam perancangan untuk dinaiktaraf. Perancangan ini juga telah dimasukkan ke dalam RMK-12 untuk kelulusan kerajaan negeri dengan anggaran kos berjumlah RM 66,000,000.00.
-
Apakah cara penyelesaian untuk masalah banjir di kawasan Taman Tun Perak?
Terdapat 2 isu utama yang menyebabkan masalah banjir di Taman Tun Perak iaitu:
i. Isu kelodak/sedimen Sg Pajam dan Sg Rawang.
Kerja-kerja pengorekan sedimen dan kelodak telah dilaksanakan pada tahun ini melalui pelantikan 2 perolehan kerja dan maklumat adalah seperti berikut.ii. Paras jambatan (soffit level) yang rendah di Sg Pajam.
Paras jambatan berhampiran Taman Tun Perak yang rendah menjadi halangan kepada aliran air sungai terutamanya ketika aras air sungai tinggi. Ini menyebabkan terjadinya backflow kepada aliran air sungai tersebut. Perbincangan bersama penduduk telah diadakan dan mereka memohon agar jambatan tersebut dirobohkan dan dibina dengan jambatan yang baru. Perkara ini akan dibincangkan bersama pihak Majlis Perbandaran Selayang (MPS) memandangkan jambatan tersebut dibina oleh pihak pemaju.