Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
254) Krisis Bekalan Air
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Krisis bekalan air di Selangor sentiasa memberikan kesusahan kepada rakyat. Apakah inisiatif yang telah dirancang supaya masalah ini diselesaikan?
Air Selangor telah merangka Pelan Perniagaan 30 tahun yang mana ianya telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk kelulusan. Di bawah Pelan Strategik ini, terdapat beberapa Loji Rawatan Air (LRA) baharu yang akan dibina untuk menampung unjuran permintaan bekalan air yang semakin meningkat sehingga tahun 2060. Usaha ini akan meningkatkan tahap ‘reserve margin’ antara 10% hingga 15% pada setiap sistem bekalan air dan wilayah dengan pembinaan loji-loji baharu. Berikut merupakan perancangan LRA-LRA baharu yang akan dibina:
-
Adakah kerajaan akan merancang untuk memberatkan hukuman terhadap mereka yang mencemarkan sumber air?
Pada masa ini Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah menyediakan Rang Undang-Undang Enakmen Lembaga Urus Air Selangor (Pindaan) 2020 dan Rang Undang-Undang tersebut akan dibentangkan di dalam Sidang Dewan pada 30 Oktober 2020. Pindaan turut dibuat terhadap seksyen 79 yang berkaitan dengan larangan pencemaran sesuatu sumber air.
Pindaan ini bertujuan untuk menjadikan larangan pencemaran sesuatu sumber air akan turut terpakai kepada pelakuan menyebabkan kemasukan atau melepaskan apa-apa bahan yang mengubah bau, warna dan rasa sumber air tersebut samada secara keseluruhan atau sebahagian daripadanya.
Pindaan terhadap seksyen 79 tersebut turut dibuat untuk menaikkan jumlah denda daripada seratus ribu ringgit sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen 79(4) kepada denda minimum dua ratus ribu ringgit dan denda maksimum tidak melebihi satu juta ringgit.
Seterusnya seksyen 79 tersebut dipinda dengan memasukkan subseksyen baharu iaitu subseskyen 79(5) sebagai hukuman tambahan iaitu mana-mana orang yang disabitkan hendaklah membayar kepada LUAS semua perbelanjaan yang dilakukan untuk membaiki atau memulihkan apa-apa pencemaran oleh sebab kesalahan yang dilakukan di bawah seksyen 79 tersebut.