Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

253) Tapak Pembuangan Sampah Haram

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah dan senaraikan tapak pembuangan sampah haram di tanah kerajaan dan persendirian mengikut zon PBT?

    Jumlah tapak pembuangan sampah yang dikenal pasti aktif  beroperasi di seluruh kawasan PBT Negeri Selangor adalah sebanyak 60 tapak di mana sebanyak 16 tapak di lokasi tanah kerajaan dan sebanyak 60 di tanah persendirian. Pecahan tapak pembuangan sampah haram mengikut PBT adalah seperti berikut:-

    *Sumber: Semua PBT Negeri Selangor

  2. Apakah tindakan yang telah diambil terhadap pengusaha-pengusaha tapak pembuangan sampah haram?

    Tindakan-tindakan yang diambil terhadap pengusaha-pengusaha tapak pembuangan sampah haram oleh PBT adalah:-

    1. Mengeluarkan notis kacau ganggu dan tindakan kompaun kepada pengusaha tapak sampah haram di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Pemungutan, Pembuangan Dan Pelupusan Sampah Sarap 2007 di atas kesalahan membuang sampah ditempat yang tidak dibenarkan oleh pihak PBT yang membawa kepada kompaun maksima sebanyak RM1,000.00 dan kos sitaan juga turut dikenakan;
    2. Mengarahkan henti kerja dan keluar dari tapak sampah haram dengan serta merta;
    3. Menjalankan sitaan ke atas jentera dan logistik yang berada di tapak pelupusan sampah haram di bawah Seksyen 21, UUK Pemungutan, Pembuangan Dan Pelupusan Sampah Sarap 2007;
    4. Lain-lain tindakan yang boleh dikenakan kepada pengusaha tapak sampah haram adalah di bawah Seksyen 70(A) (1) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 melalui jabatan kejuruteraan di atas kesalahan menjalan kerja tanah tanpa kebenaran yang membolehkan notis pemberhentian kerja di tapak;
  3. Berapakah jumlah syarikat/individu yang telah didakwa atau diambil tindakan?

    Jumlah syarikat/individu yang telah diambil tindakan kompaun bagi kesalahan membuang sampah di lokasi yang tidak dibenarkan oleh PBT ada sebanyak 530 bagi tahun 2020 (sehingga bulan September) seperti perincian berikut:-

Lampiran

Tiada Lampiran.