Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

243) Aset Tanah GLC Selangor

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan secara terpeinci aset tanah yang dimiliki oleh PKNS dan PNSB sehingga Oktober tahun 2020?

    Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS):

    i. Sehingga 16 Oktober 2020, Jumlah aset tanah yang dimiliki oleh PKNS adalah seluas 4,821.25 ekar. Jumlah keluasan tersebut adalah jumlah bank tanah PKNS untuk pembangunan jangka pendek dan jangka panjang pada masa akan datang.

    Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB):

    i. Senarai terperinci bagi aset tanah yang dimiliki oleh PNSB adalah sebagaimana Lampiran I yang dikemukakan.

  2. Apakah perancangan projek-projek yang bakal dibina di atas tanah-tanah milik PKNS dan PNSB tersebut?

    Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS):

    i. Sebagai agensi pembangunan Kerajaan Negeri, aset-aset tanah tersebut akan dibangunkan sebagai bangunan kediaman, komersial dan industri.

    Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB):

    i. Perancangan pembangunan yang akan dilaksanakan di atas tanah-tanah ini secara dasarnya telah disediakan. Sebahagian tanah ini juga telah mempunyai rakan usahasama dan akan dibangunkan dalam jangka masa terdekat. Laporan terperinci adalah sebagaimana Lampiran I.