Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
231) Bazar Dorani Perdana Sungai Haji Dorani
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bilakah Bazar Dorani Perdana akan siap dan boleh beroperasi sepenuhnya?
Bazar Dorani Perdana, Pekan Sungai Haji Dorani telah siap sepenuhnya dan telah mula beroperasi pada 18 Mac 2020.
-
Apakah jaminan pihak Kerajaan tentang aspek keselamatan dan kemudahan kepada peniaga, pengunjung dan orang ramai sementara ini?
Bazar ini dibina dengan kemudahan seperti ruang perniagaan yang selesa kepada peniaga dan pembeli, berbumbung dan dilengkapi dengan bekalanair dan elektrik, tempat letak kenderaan yang tersusun dan terjamin keselamatan dari terdedah risiko jika berlaku kemalangan.