Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
221) Peningkatan Pemohon LZS DAN JKM
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah pemohonan bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor, Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor tahun 2020, berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini.
Jumlah permohonan bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah seperti berikut:
STATISTIK PERMOHONAN BANTUAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT MENGIKUT DAERAH DAN TAHUN
-
Berapa pemohon berjaya mendapat bantuan daripada LZS dan JKM tahun ini?
Permohonan bantuan yang telah diluluskan oleh LZS sehingga bulan September 2020 adalah sebanyak 197,929 permohonan (95%) berbanding jumlah permohonan sebanyak 208,586. Manakala jumlah pemohon yang diluluskan melalui bantuan JKM pada tahun ini adalah seramai 5,592 orang (49.23%) seperti jadual berikut:
-
Adakah Kerajaan Negeri merancang program baru untuk membantu keluarga B40?
Kerajaan Negeri amat komited terhadap kelangsungan dalam pelaksanaan program-program untuk membantu golongan keluarga B40 tanpa mengira bangsa dan latar belakang. Bagi memastikan program-program ini dapat direalisasikan dengan cekap dan berkesan, Kerajaan Negeri memberikan perhatian yang serius dalam memantau prestasi setiap program untuk memastikan sasaran dan objektif program yang dirancang akan dapat dicapai. Malah Kerajaan Negeri juga sentiasa terbuka untuk menerima teguran dan cadangan penambahbaikan bagi membolehkan program-program di bawah seliaan Kerajaan Negeri, terutamanya program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR), berjalan dengan sempurna.
Antara penambahbaikan yang telah berjaya dilaksanakan dalam program-program IPR pada tahun ini ialah peluasan Skim Peduli Sihat (SPS) kepada insentif insurans diri dan kesihatan yang dikenali sebagai Skim Insurans Peduli Sihat (SiPS). Insuran kesihatan secara universal ini bertujuan untuk membantu meringankan bebanan golongan B40 khususnya bagi mendapatkan rawatan asas serta pelbagai manfaat. Selain mendapat rawatan asas kesihatan, SiPS juga merangkumi elemen perlindungan kesihatan yang meliputi perlindungan kemalangan diri, perlindungan penyakit kritikal, insuran nyawa/hayat dan bantuan pengurusan jenazah.
Untuk makluman Yang Berhormat, program-program IPR sedia ada yang disasarkan kepada golongan B40 bagi membantu menaikkan taraf pendapatan dan kehidupan mereka adalah seperti berikut:
Kerajaan negeri sentiasa mengkaji dan menilai keberkesanan program sedia ada dan akan terus melakukan penambahbaikan serta merangka program-program baharu yang bersesuaian dan menepati keperluan semua lapisan masyarakat di Selangor, sesuai dengan gagasan Maju Bersama.