Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
207) Rancangan Pembangunan Di Pulau Carey
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status pembangunan di Pulau Carey, khasnya dalam industri maritim, pertanian dan pelabuhan?
Berdasarkan Rancangan Tempatan Kuala Langat 2030 yang telah diwartakan melalui no warta 2382 pada 5 Julai 2018, 70% zon gunatanah di Pulau Carey masih dikekalkan sebagai kawasan pertanian, 25 % zon gunatanah perumahan dan 5 % adalah zon gunatanah komersil.
Pihak MPKL masih lagi belum menerima sebarang permohonan atau cadangan secara rasmi berhubung pembangunan industri maritim yang akan dibangunkan di Pulau Carey.
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri khasnya dalam perancangan pelaburan dan perindustrian di Pulau Carey?
Berdasarkan kepada Cadangan Perluasan Kawasan Had Operasi Pelabuhan Klang daripada Lembaga Pelabuhan Klang, Pulau Carey termasuk di dalam cadangan ini. Sehubungan dengan itu, pihak Lembaga Pelabuhan Klang sedang dalam penyediaan Master Plan berkenaan Projek Pembangunan Terminal Pelabuhan Ke 3.