Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

205) Penjaja Tanpa Lesen Di N39 Kota Damansara

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah penjaja tanpa lesen di kawasan MBPJ (Zon3, Zon 4) dan MBSA (U3,U4,U5,U6) secara terperinci (lokasi, jumlah jenis perniagaan)?

    Jumlah anggaran dan lokasi Penjaja Tanpa Lesen (PTL) di N39 Kota Damansara   (MBPJ-Zon 3,4 , MBSA-Zon 17,18,24 ) adalah seperti berikut:

  2. Apakah rancangan (jika ada) oleh Kerajaan untuk memberikan mereka lesen pernigaan?

    Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah membuat perancangan bagi menyelesaikan isu penjaja tanpa lesen di Jalan Cecawi, Seksyen 6 Kota Damansara dengan memperuntukan  permit secara insitu . Majlis telah membuat bancian dan sebanyak 102 penjaja tanpa lesen dikawasan Zon 3 dan zon 4.

    Selain itu, Majlis Bandaraya juga akan membuat penempatan semula kepada penjaja tanpa lesen di Jalan Camar, Seksyen 4, Kota Damansara.  MBPJ akan menyediakan tapak  berkeluasan 8 kaki x 8 kaki.  Para peniaga yang berlainan  diberi ruang menjalankan perniagaan mengikut sesi iaitu pagi, petang dan malam.

  3. Jika tiada, bagaimana Kerajaan mengawal operasi mereka?

    Pihak Majlis akan melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas isu penjaja tanpa lesen seperti berikut :-

    1. Tindakan kompaun
    2. Tindakan notis
    3. Tindakan sitaan dan pindah alih
    4. Tindakan perobohan
    5. Tindakan pendakwaan
    6. Operasi bersepadu bersama agensi-agensi penguatkuasaan yang berkaitan
    7. Merangka pelan penempatan penjaja tanpa lesen yang bersesuaian

Lampiran

Tiada Lampiran.