Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

202) Anak Syarikat MBI

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan anak-anak syarikat MBI Selangor yang baru ditubuh sejak 2018 dan fungsi atau objektifnya?

  2. Apakah bidang perniagaan baru yang diceburi oleh MBI sejak tahun 2018 dan apa hasil dan untung yang dijangka diperolehi?

    Perniagaan baru yang diceburi oleh MBI sejak tahun 2018 adalah di dalam bidang perkhidmatan pembiayaan dan aeroangkasa.

    Penubuhan SSDU Innovations Sdn Bhd pada tahun 2018 adalah sebagai badan induk pelaksana untuk membangunkan dan melaksanakan pelbagai inisiatif pintar di bawah program Smart Selangor yang menyumbang ke arah pembangunan Negeri Selangor menjadi Negeri Pintar di Rantau ASEAN menjelang 2025. Pada masa ini SSDU telah membangunkan Smart Selangor Action Plan yang merangkumi 60 inisiatif pintar yang akan dilaksanakan sehingga 2025.

    Selangor Fintech Sdn Bhd ditubuhkan berikutan pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin 2.0 oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi pelaksanaan program Selangor Advance. Selangor Advance merupakan inisiatif pembiayaan tunai dari Kerajaan Negeri Selangor bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkesan akibat wabak COVID-19. Inisiatif Selangor Advance ini dapat meningkatkan aliran tunai dan pusingan modal syarikat dan seterusnya mengekalkan kelangsungan operasi perniagaan mereka. Pihak MBI sedang giat menjalankan promosi bagi memperkenalkan program Selangor Advance kepada golongan usahawan yang boleh mendapat manfaat daripada program ini.

    Selangor Aviation and Technology Innovation Sdn Bhd pula telah ditubuhkan berikutan Belanjawan Negeri Selangor 2019 di mana Gugusan Industri Aeropolis dan Aeroangkasa telah dikenalpasti sebagai salah satu kluster ekonomi baharu yang dapat menyumbang kepada kelestarian ekonomi Negeri Selangor. Buat masa ini, Selangor Aviation and Technology Innovation Sdn Bhd sedang meneroka dan menilai peluang-peluang perniagaan yang boleh diceburi.

Lampiran

Tiada Lampiran.