Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
171) Sewaan Unit Kedai Majlis
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah polisi menghadkan tempoh sewaan unit-unit sewaan kepada maksima 10 tahun terpakai untuk semua PBT?
Buat masa ini, PBT tidak melaksanakan polisi mengehadkan tempoh unit-unit sewaan kepada maksima 10 tahun. Penentuan tempoh sewaan di PBT adalah berbeza-beza berdasarkan faktor perniagaan dan lokasi masing-masing. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri 20/2020 bertarikh 3 Jun 2020 yang disahkan oleh MMKN 21/2020 bertarikh 10 Jun 2020 telah memutuskan agar tempoh sewaan gerai/ tapak milik PBT dihadkan untuk tempoh masa tertentu untuk seseorang pemohon bagi memberi lebih banyak peluang kepada penjaja-penjaja yang lain.
-
Bagi unit kedai, apakah ada proses rayuan kepada peniaga yang terpaksa keluar sedangkan mereka telah mengeluarkan modal besar bagi memasang pendingin hawa dan sebagainya?
Peniaga yang melakukan kesalahan kali pertama dan ditarik hak sewaan dibenarkan membuat rayuan. Rayuan tersebut akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan PBT dan kebiasaan kesalahan kali pertama adalah disyorkan untuk diluluskan dengan syarat mematuhi syarat-syarat perjanjian sewaan.
Bagi kesalahan kali kedua dan ke atas, rayuan tersebut hanya akan di bawa ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan sekiranya mendapat sokongan bertulis daripada Ahli Majlis atau ADUN untuk di bentangkan dan dibincangkan. Keputusan rayuan adalah tertakluk kepada keputusan ahli Mesyuarat.