Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

170) Keciciran Pelajar

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status kadar keciciran pelajar di Negeri Selangor sehingga kini?

    Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) amat prihatin terhadap masalah pendidikan khasnya masalah keciciran di kalangan pelajar dan sentiasa mencari jalan penyelesaian ke arah keciciran sifar. Secara keseluruhannya kadar murid cicir peringkat sekolah rendah dan menengah di negeri Selangor pada tahun 2019 adalah 1652 orang (0.18 peratus). Jumlah murid cicir peringkat sekolah rendah ke sekolah menengah pula melibatkan 328 orang (0.37 peratus) pada tahun 2019. Jumlah murid cicir dari Tingkatan Tiga ke Tingkatan Empat pula adalah 251 orang (0.32 peratus) pada tahun 2019. Kadar murid cicir di peringkat sekolah rendah dan menengah lain-lain kohort yang tidak melibatkan transisi murid dari Tahun Enam ke Tingkatan Satu dan dari Tingkatan Tiga ke Tingkatan Empat pula adalah 1073 orang (0.11 peratus) pada tahun 2019.

  2. Apakah faktor pelajar yang keciciran daripada persekolahan dan pembelajaran?

    Hasil tinjauan dan analisis Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) terdapat beberapa faktor yang menyumbang keciciran pelajar. Antara faktor utama keciciran murid di negeri Selangor adalah kemiskinan, kemiskinan tegar, masalah kesihatan atau kecacatan, perceraian ibu bapa, masalah disiplin tidak berminat untuk belajar, kurang kesedaran ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak dan gejala sosial.

    Langkah-langkah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor menangani keciciran pelajar:-

    Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) telah mengorak pelbagai langkah ke arah menangani masalah keciciran di kalangan pelajar. Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Negeri Selangor dan sekolah adalah menghubungi ibu bapa/penjaga untuk mendapatkan pengesahan persekolahan anak, khidmat nasihat (sesi kaunseling), program ziarah cakna yang diadakan dari semasa ke semasa oleh pihak sekolah, Inisiatif Peningkatan Akses daripada Peringkat Prasekolah hingga Menengah Atas diwujudkan dengan tujuan meningkatkan enrolmen murid pelbagai peringkat persekolahan serta menangani masalah keciciran di sekolah. Inisiatif ini terdapat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjalankan pelbagai usaha dalam membendung isu keciciran murid termasuklah menambah baik kemudahan asas, memperbanyakkan program motivasi, meningkatkan kesedaran ibu bapa (program keibu bapaan), mewujud dan memperluas program-program bantuan seperti menyediakan Biasiswa Kecil Persekutuan, Bantuan Awal Persekolah, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM). KPM menyediakan pelbagai bantuan seperti pemberian buku teks secara percuma, Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Program Susu Sekolah, dan menyediakan khidmat guru kaunselor dan guru pemulihan untuk meningkatkan minat murid untuk meneruskan persekolahan.

    Di bawah Inisiatif 104, KPM telah menyediakan satu garis panduan bagi membantu murid-murid yang berisiko untuk cicir iaitu Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir di Sekolah (GPMBC). GPMBC telah dikuatkuasakan pada 1 Jun 2018 ke semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. Pemantauan serta intervensi pihak sekolah dapat dijalankan kepada murid berisiko cicir agar mereka kekal bersekolah hingga tamat Tingkatan 5. GPMBC ini juga mempunyai objektif bagi memastikan pemantauan murid khususnya murid berisiko cicir dapat dibuat oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah secara berterusan.

    KPM juga telah memperkenalkan Modul Serlah Keunggulan Diri (SUDI) dirangka khas bagi mengendalikan pelajar berisiko tinggi keciciran di sekolah pada tahun 2017. Modul ini telah menjadi panduan dan rujukan oleh semua pengurusan sekolah, guru-guru serta guru bimbingan dan keunseling.

    Selain itu KPM juga telah melaksanakan Program Perantisan Industri Menengah Atas (PIMA) yang merupakan satu program aliran kemahiran di sekolah menengah secara kolaboratif antara KPM dengan pihak industri atau institusi latihan. Inisiatif pelaksanaan progam ini merupakan satu usaha membantu mengurangkan risiko keciciran dalam kalangan pelajar di peringkat menengah atas yang tidak meminati bidang akademik dan altenatif untuk meneruskan pembelajaran secara latihan industri disamping akademik yang paling minima.

  3. Apakah langkah Kerajaan Negeri bagi menangani pelajar yang keciciran agar kembali ke sekolah?

    Langkah Kerajaan Negeri bagi menangani pelajar yang keciciran agar kembali ke sekolah antaranya ialah melalui Program Tusiyen Rakyat Selangor. Melalui program ini para pelajar turut diberi bantuan dalam bentuk bimbingan akademik dan dilaksanakan dalam konsep tutorial di mana para pelajar akan diberikan perhatian yang sepenuhnya oleh guru memandangkan pemblajaran dilaksanakan dalam kumpulan yang lebih kecil. . Selain itu bagi menarik minat mereka para pelajar turut disediakan pek makan tengah hari agar mereka boleh terus memberi komitmen kepada sesi pembelajaran yang dilaksanakan. Bantuan ini dilihat mampu menyelesaikan punca keciciran pelajar itu sendiri iaitu kemiskinan dan displin tidakk berminat untuk belajar.

    Kerajaan Negeri juga menyokong penuh usaha yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Sleangor dan pihak sekolah dalam menangani masalah keciciran pelajar seperti :

    1. menghubungi ibu bapa/penjaga untuk mendapatkan pengesahan persekolahan anak;
    2. khidmat nasihat (sesi kaunseling);
    3. program ziarah cakna yang diadakan dari semasa ke semasa oleh pihak sekolah;
    4. melaksanakan Inisiatif Peningkatan Akses daripada Peringkat Prasekolah hingga Menengah Atas dengan tujuan meningkatkan enrolmen murid pelbagai peringkat persekolahan serta menangani masalah keciciran di sekolah dan Inisiatif ini terdapat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

     

    Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia juga menjalankan pelbagai usaha dalam membendung isu keciciran murid iaitu:

    1. menambah baik kemudahan asas,
    2. memperbanyakkan program motivasi, meningkatkan kesedaran ibu bapa (program keibu bapaan),
    3. mewujud dan memperluas program-program bantuan seperti menyediakan Biasiswa Kecil Persekutuan, Bantuan Awal Persekolah, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).
    4. KPM menyediakan pelbagai bantuan seperti pemberian buku teks secara percuma, Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Program Susu Sekolah, dan menyediakan khidmat guru kaunselor dan guru pemulihan untuk meningkatkan minat murid untuk meneruskan persekolahan.

     

    KPM telah menyediakan satu garis panduan bagi membantu murid-murid yang berisiko untuk cicir iaitu Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir di Sekolah (GPMBC). GPMBC telah dikuatkuasakan pada 1 Jun 2018 ke semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. Pemantauan serta intervensi pihak sekolah dapat dijalankan kepada murid berisiko cicir agar mereka kekal bersekolah hingga tamat Tingkatan 5. GPMBC ini juga mempunyai objektif bagi memastikan pemantauan murid khususnya murid berisiko cicir dapat dibuat oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah secara berterusan.

    KPM juga telah memperkenalkan Modul Serlah Keunggulan Diri (SUDI) dirangka khas bagi mengendalikan pelajar berisiko tinggi keciciran di sekolah pada tahun 2017. Modul ini telah menjadi panduan dan rujukan oleh semua pengurusan sekolah, guru-guru serta guru bimbingan dan keunseling.

    Selain itu KPM juga telah melaksanakan Program Perantisan Industri Menengah Atas (PIMA) yang merupakan satu program aliran kemahiran di sekolah menengah secara kolaboratif antara KPM dengan pihak industri atau institusi latihan. Inisiatif pelaksanaan progam ini merupakan satu usaha membantu mengurangkan risiko keciciran dalam kalangan pelajar di peringkat menengah atas yang tidak meminati bidang akademik dan altenatif untuk meneruskan pembelajaran secara latihan industri disamping akademik yang paling minima .

Lampiran

Tiada Lampiran.