Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

167) Penyelarasan Garis Kemiskinan Baru

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah pemberian Bantuan Am Negeri oleh JKM akan diselaraskan dengan garis kemiskinan yang baru?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor telah menyalurkan Skim Bantuan Am Negeri dengan tiga (3) kadar bantuan iaitu RM250, RM300 dan RM350 sebulan kepada penerima bantuan tersebut. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) bagi negeri Selangor seisi keluarga ialah RM1,500 atau perkapita RM350 sebulan seperti yang telah diputuskan oleh Kerajaan Negeri berkuatkuasa mulai Januari 2017.

    PGK keseluruhan nasional 2019 adalah sebanyak RM2,208 sebulan, manakala PGK bagi negeri Selangor adalah sebanyak RM2,022 sebulan. Pada masa ini, jabatan masih menggunapakai PGK 2016 iaitu pada kadar RM1,500 sehingga Kerajaan Negeri menetapkan penggunaan PGK baharu bagi negeri Selangor.

  2. Berapakah bilangan pemohon baru yang dianggarkan layak untuk Bantuan Am Negeri dengan ini?

    Jumlah keseluruhan penerima bantuan Am negeri Selangor pada tahun 2018 adalah seramai 2,937 orang, 2019 seramai 4,199 orang dan 2020 sehingga September adalah seramai 5,057 orang.

    Statistik penerima bantuan am Negeri yang diluluskan pada tahun 2018 sehingga September 2020 adalah seperti Jadual 1:

Lampiran

Tiada Lampiran.