Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
165) Pengurusan Sumber Air Selangor
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah laporan berkenaan pencemaran air di Negeri Selangor yang telah direkodkan dan diambil tindakan pada tahun 2020?
Bagi tahun 2020, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah merekodkan sejumlah sepuluh (10) kes kecemasan Kod Kuning manakala tujuh (7) kes kecemasan Kod Merah.
Kod Kuning didefinisikan sebagai kes kecemasan yang berpotensi menyebabkan Loji Pembersihan Air (LPA) dihentitugas. Kes kecemasan ini berjaya ditangani tanpa melibatkan henti tugas LPA. Bagi kod kuning, pihak LUAS telah melaksanakan tindakan pantas dengan menggunakan peralatan bersesuaian seperti oil boom dan oil pad serta arahan pelaksanaan pembersihan serta merta kepada Premis bagi menghalang pencemaran mengalir ke bahagian hilir.
Manakala Kod Merah didefinisikan sebagai kes kecemasan yang telah menyebabkan henti tugas LPA. Kes kecemasan ini perlu ditangani dengan kadar segera. Dalam isu ini, pihak LUAS telah menjalankan tindakan dengan peningkatan pelepasan air empangan atau Operasi Pengepaman Air Kolam (OPAK) bagi meningkatkan kadar pencairan sungai; arahan pelaksanaan pembersihan serta merta kepada Premis serta melantik kontraktor untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan dengan kadar segera jika insiden berskala besar.
-
Apakah bentuk tindakan penguatkuasaan & kawalan yang telah dilaksanakan Kerajaan berkenaan isu pencemaran air?
Tindakan penguatkuasaan dan kawalan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui Lembaga Urus Air Selangor adalah seperti berikut:-
-
Namakan Syarikat dan/atau individu yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan?
Tindakan penguatkuasaan dan pendakwaan telah diambil kepada syarikat-syarikat seperti di LAMPIRAN A:- *Juga menjawab pertanyaan mulut Bil.24(a), Bil.42(b)&(c), Bil. 126(a), Bil. 132(b), Bil. 165(c) , Bil. 270(b) & pertanyaan bertulis Bil 14(a)&(b).