Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
161) Prestasi Kewangan MPKK
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah disyaratkan bahawa setiap minit mesyuarat bersertakan laporan kewangan dan penyata bank akaun MPKK Kampung Tradisi, Kampung Baru, Kampung Tersusun dan Kampung Bagan perlu dibentangkan kepada PTD masing-masing?
Merujuk kepada Garis Panduan Dasar, Tatacara, Peraturan Mengenai Pelantikan Dan Perkhidmatan Ketua Kampung Tradisi Serta Urusan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Negeri Selangor, setiap MPKK Kampung Tradisi hendaklah menyediakan laporan kewangan bersama minit mesyuarat yang telah disahkan dan menghantar laporan kewangan setiap bulan kepada Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah dan Tanah masing-masing. Setiap MPKK juga diwajibkan memajukan setiap resit pembayaran sebagai bukti perbelanjaan untuk program-program dan aktiviti yang telah dilaksanakan. Manakala, penyata Akaun Bank pula perlu diserahkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah sebagai dokumen sokongan semasa membuat tuntutan ke atas perbelanjaan MPKK. Meskipun Garis Panduan Dasar, Tatacara, Peraturan Mengenai Pelantikan Dan Perkhidmatan Ketua Kampung Tradisi Serta Urusan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Negeri Selangor disediakan khusus untuk Kampung-kampung Tradisi, namun Pejabat-pejabat Daerah dan Tanah mengguna pakai kaedah yang sama untuk semua MPKK termasuklah MPKK Kg Baru/ Bagan/ Tersusun Negeri Selangor sebagai penyeragaman ke atas tatacara kewangan.
-
Mohon memberi baki terkini penyata akaun setiap MPKK di Kuala Langat.
Secara keseluruhan, prestasi perbelanjaan MPKK di daerah Kuala Langat adalah sebanyak 56.8% daripada keseluruhan peruntukan berjumlah RM861,273.00 yang termasuk baki daripada tahun 2019 yang telah dibawa ke hadapan. Perincian prestasi perbelanjaan dan baki peruntukan bagi setiap MPKK adalah seperti dilampiran.