Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
144) Pembangunan 2 Masjid Di Kota Damansara
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Masjid Kota Damansara 2, apa statusnya?
Pembangunan bagi Masjid Kota Damansara 2, skop projek dalam semakan pihak JKR dan ia akan diteruskan dalam RMK-12 dengan cadangan kos sumbangan Kerajaan Negeri sebanyak RM 12.5 Juta. Manakala sehingga September 2020 Kerajaan Negeri dimaklumkan Jawatankuasa Pembinaan telah berjaya mengumpul dana wakaf pembinaan masjid tersebut berjumlah RM 2.75 Juta.
-
Masjid Subang Bistari, apa statusnya?
Manakala pembangunan bagi Masjid Subang Bestari, projek dalam tindakan penyediaan dokumen tender oleh pihak JKR dan dijangka tender akan dibuka pada November 2020.