Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

111) Program Ceria

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa jumlah yang dibelanjakan untuk Program Ceria sejak 2018. Apakah jumlah projek yang dilaksanakan sejak 2018 mengikut daerah?

    Jumlah perbelanjaan peruntukan Skim dari tahun 2018 hingga 30 September 2020 adalah sebanyak RM31,805,620.21. Pecahan bilangan penerima bantuan CERIA adalah seperti berikut:

  2. Adakah Kerajaan Negeri akan buka program Ceria untuk Pangsapuri Kos Sederhana untuk tahun depan?

    Untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini bantuan Skim CERIA difokuskan untuk pangsapuri kos rendah dan pangsapuri kos sederhana rendah dengan mengambilkira faktor penghuni yang mendiami hartanah berkenaan terdiri dalam kelompok golongan berpendapatan rendah (B40). Akaun penyelenggaraan pangsapuri kos rendah dan kos sederhana rendah juga tidak mencukupi untuk menampung kos-kos baik pulih kerosakan harta bersama.

    Pada masa ini, bantuan skim CERIA tidak ditawarkan kepada pangsapuri kos sederhana kerana keupayaan badan pengurusan menampung kos pembaikan selain memiliki polisi insurans bangunan sekiranya berlaku kerosakan luar jangka. Tambahan lagi, pematuhan akta pengurusan strata 2013 (Akta 757) di kalangan pemilik pangsapuri sederhana adalah tinggi berbanding pemilik di pangsapuri kos rendah.

Lampiran

Tiada Lampiran.