Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

102) Tibi

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan statistik penyakit tibi di Selangor mengikut daerah.

    Sehingga 3/10/2020, negeri Selangor telah mendaftarkan sebanyak 3,585 kes tibi bagi tahun 2020.

  2. Apakah tindakan yang telah diambil untuk mengawal penyakit ini.

    Tindakan yang telah diambil untuk mengawal penyakit TB;

    1. Pengesanan kes secara aktif (active case detection) dan saringan/pemeriksaan kontak sedang giat dilaksanakan
    2. Pendidikan masyarakat tentang tanda awal penyakit TB dan saranan untuk menamatkan rawatan dengan sempurna bila didiagnosa TB
    3. Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan insentif tibi sebanyak RM800 untuk setiap pesakit yang disahkan menghidapi tibi oleh pengamal perubatan kerajaan atau swasta. Insentif ini bertujuan untuk membantu menampung kos perjalanan pesakit tibi yang berulang-alik ke hospital/klinik untuk mendapatkan rawatan. Elaun yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah terbuka untuk semua pesakit tibi yang tinggal di Selangor.
    4. Menyediakan elaun sebanyak RM250 melalui badan bukan kerajaan (NGO) MAPTB (Malaysian Association for the Prevention of Tuberculosis) juga untuk pesakit TB

Lampiran

Tiada Lampiran.