Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
94) Projek Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah peratusan kemajuan keseluruhan projek loji rawatan air Langat 2 sehingga kini?
Sehingga 30 September 2020, pembinaan LRA Langat 2 telah siap 100%. Pada 21 Disember 2019, Stream B yang berkapasiti 565 juta liter sehari (JLH) telah ditauliahkan dan beroperasi. Walau bagaimanapun sehingga kini hanya 430 JLH dapat diagihkan kepada pengguna . Manakala Stream A yang juga berkapasiti 565 JLH dijadual akan diserahkan kepada Air Selangor pada 30 Oktober 2020.
Keseluruhan projek pembangunan LRA Langat 2 termasuk pembinaan kolam-kolam perkhidmatan dan sistem agihan mempunyai 23 pakej untuk menyalurkan bekalan air dari LRA Langat 2 ini masih belum siap sepenuhnya. Sehingga September 2020, kemajuan kerja adalah 30.43%. Sistem agihan bekalan air Skim Langat 2 terbahagi kepada dua (2) koridor iaitu Koridor Utara dan Koridor Barat. Sehingga akhir September 2020, kemajuan kerja bagi kerja-kerja ini mengikut koridor agihan adalah seperti berikut:
i. Koridor Barat – Disember 2022
ii. Koridor Utara – Disember 2023 -
Bilakah projek loji rawatan air Langat 2 akan siap sepenuhnya?
Keseluruhan projek pembangunan Skim LRA Langat 2 dijadualkan siap sepenuhnya pada 31 Disember 2023.
-
Adakah Kerajaan Negeri dapat menyenaraikan kawasan-kawasan yang bakal menikmati bekalan air daripada loji rawatan air Langat 2?
Kawasan yang bakal mendapat bekalan air dari Loji Rawatan Air Langat 2 adalah: