Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
87) Kem Tahanan Pendatang Asing Di Selangor
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah kem tahanan pendapatang asing Jabatan Imigresen di Selangor dan berapakah bilangan tahanan pendatang asing ketika ini?
Jabatan Imigresen Malaysia di Selangor mempunyai 3 (tiga) Kem Tahanan Pendatang asing iaitu :
i. Depot Imigresen Semenyih di bawah pengurusan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor yang boleh menempatkan tahanan dengan kapasiti maksimum seramai 1200 orang tahanan. Jumlah tahanan yang berada di dalam depot ini sehingga 20.10.2020 seramai 1234 orang
ii. Depot Imigresen Kuala Lumpur International Airport (KLIA) yang beroperasi di bawah pengurusan Jabatan Imigresen KLIA boleh menempatkan tahanan dengan kapasiti maksimum seramai seramai 900 orang tahanan. Jumlah tahanan yang berada di dalam depot ini sehingga 20.10.2020 seramai 863 orang.
iii. Kem Eco Millennium Beranang, Selangor beroperasi di bawah pengurusan Bahagian Pengurusan Depot dan Tahanan Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya yang boleh menempatkan tahanan dengan kapasiti maksimum seramai 500 orang tahanan. Jumlah tahanan yang berada di dalam Kem ini sehingga 20.10.2020 seramai 494 orang. Kem ini dijadikan sebagai Pusat Tahanan Sementara sejak 12 Jun 2020.
-
Apakah langkah-langkah kawalan yang telah diambil oleh pihak Imigresen bagi menghalang penularan wabak Covid19 di kalangan tahanan di dalam kem ini?
Langkah-langkah kawalan yang telah diambil oleh pihak Kem Tahanan Pendatang Asing Jabatan Imigresen di Selangor bagi menghalang penularan wabak Covid-19 di kalangan tahanan di dalam kem adalah dengan mengikuti arahan dan saranan Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui surat Annex 27a, Tindakan Pencegahan, Kawalan Infeksi dan Penggunaan Personal Protective Equipment (PPE) di Fasiliti Penjara, Lokap, Depot Imigresen, Puspen dan Rumah Perlindungan. Di sertakan Surat Annex27a sebagai rujukan dan panduan.