Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

76) Jumlah Kes COVID-19

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah kes Covid-19 yang direkodkan setakat ini bagi Negeri Selangor?

    Sehingga 18.10.2020 sebanyak 3250 kes Covid-19 telah direkodkan di Negeri Selangor.

  2. Apakah kawasan tertinggi jumlah kes tersebut?

    Kawasan tertinggi yang merekodkan jumlah kes covid-19 adalah mukim Sungai Buloh di Daerah Petaling.

  3. Adakah ia berkait dengan kluster-kluster yang datang dari luar Negeri Selangor?

    Sebanyak 10% (320 kes) daripada keseluruhan kes di Negeri Selangor adalah berkaitan dengan kluster dari luar negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.