Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

61) Infrastruktur Sukan

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan jumlah gelanggang futsal di seluruh kawasan DUN Sentosa mengikut pecahan taman.

    Majlis Perbandaran Klang mempunyai 14 buah gelanggang futsal yang diselenggara oleh pihak Majlis. Gelanggang futsal yang ada di kawasan Dun Sentosa adalah seperti berikut:

    i. Gelanggang futsal Lipat Kajang, Taman Seri Andalas Klang;
    ii. Gelanggang Futsal Jalan Seri Sedeli 3, Taman Sri Andalas, Klang;
    iii. Gelanggang Futsal Jalan Dato Dagang 17A, Taman Sentosa Klang;
    iv. Gelanggang Futsal Lorong Seri Sarawak 22, Andalas Klang;
    v. Gelanggang Futsal Taman Rakyat 2, Andalas Klang;
    vi. Gelanggang Futsal, Jalan Setia 1C, Taman Setia, Johan Setia Klang;
    vii. Gelanggang Futsal Lorong Samarinda 6, Taman Sungai Kandis Permai;
    viii. Batu 4, Jalan Kebun Klang.

  2. Adakah Kerajaan Negeri memberi peruntukan bagi pembinaan gelanggang tersebut? Sila pecahkan peruntukan Persekutuan dan Negeri.

    Majlis Perbandaran Klang pernah mendapat peruntukan untuk kemudahan sukan daripada Kerajaan Negeri namun pihak Majlis menggunakan peruntukan tersebut bagi memperbaiki semula gelanggang badminton sedia ada.

Lampiran

Tiada Lampiran.