Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
59) Pelancongan Basikal
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kayuh basikal kini merupakan trend sukan baru bagi anak muda, bagaimana kerajaan membantu memastikan keselamatan mereka semasa mengayuh basikal di jalanraya?
Dalam memastikan keselamatan penggunaan basikal, MPS menyediakan laluan basikal secara berasingan dengan jalan raya agar pengguna basikal tidak berkongsi bersama kenderaan lain.
-
Batu Arang merupakan spot pelancongan basikal, apa tindakan kerajaan untuk meningkatkan infrastruktur keselamatan di kawasan tersebut?
Bagi peningkatan infrastruktur keselamatan untuk tujuan pelancongan basikal di Batu Arang, Majlis Perbandaran Selayang telah menyediakan 7 unit papantanda pemberitahuan laluan berbasikal di sekitar Pekan Batu Arang pada tahun 2019 sebagai pemakluman kepada pengguna jalan raya dan orang awam yang melalui kawasan tersebut.