Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
57) Skim Air Darul Ehsan (SADE)
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah pemohon skim Air Darul Ehsan ini untuk tahun 2020 dan jumlah yang telah diluluskan setelah kerajaan negeri membuka semula pendaftaran bermula 01 April 2020?
Jumlah pengguna Negeri Selangor yang menikmati SADE pada Fasa Pertama adalah sebanyak 250,000 akaun. Namun, setelah Kerajaan Negeri membuka semula pendaftaran bermula 01 April 2020, sehingga kini Kerajaan Negeri telah menerima sebanyak 25,251 permohonan melalui borang manual dan atas talian di SSIPR. Selanjutnya, setelah semakan silang dibuat, sebanyak 22,253 permohonan telah berjaya.
-
Berapakah jumlah permohonan yang ditolak untuk tahun 2020 dan apakah sebab penolakan tersebut?
Jumlah permohonan yang ditolak setelah semakan dibuat adalah sebanyak 2,998 (12%). Antara sebab penolakan tersebut adalah kerana permohonan tidak menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan Kerajaan Negeri. Hasil semakan mendapati terdapat permohonan yang mempunyai pendapatan bulanan isi rumah melebihi RM4,000 (27%) dan Nombor Akaun Air yang dikemukakan tidak sah (73%).