Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

5) Dasar Wanita Selangor

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status pelaksanaan Dasar Wanita Selangor dan Pelan Tindakan 2018 - 2020 setakat ini?

    Secara keseluruhan, Dasar Wanita Selangor dan Pelan Tindakan 2017 – 2020 mempunyai lima (5) titik tumpuan dan tujuh (7) matlamat yang saling berkaitan. Kerajaan Negeri menerusi Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor telah mula melaksanakan Dasar tersebut bermula penghujung tahun 2017. Sehingga kini, Kerajaan Negeri telah menyentuh dan melaksanakan kesemua Titik Tumpuan tersebut.

    Kerajaan Negeri turut bercadang untuk menilai semula Dasar Wanita Selangor ini pada penghujung tahun dan merangka Pelan Tindakan bagi tahun-tahun seterusnya.

  2. Berapakah jumlah wanita di peringkat pembuatan keputusan dan/atau sebagai ketua jabatan di semua peringkat pentadbiran Kerajaan Negeri?

    Yang Berhormat Bukit Melawati, jumlah pegawai wanita di peringkat pembuatan keputusan merangkumi ketua jabatan dan pegawai gred 48 ke atas di semua peringkat pentadbiran Kerajaan Negeri adalah seramai 132 orang bersamaan 32.9% daripada jumlah keseluruhan 401 orang pegawai.

    Berikut adalah pecahan ketua jabatan dan pegawai gred 48 ke atas di pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang dikemaskini sehingga 13 Oktober 2020 seperti berikut :

Lampiran

Tiada Lampiran.