Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

2) Lebuhraya Pantai Barat (WCE)

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status kemajuan pembinaan Lebuhraya Pantai Barat di daerah Kuala Langat khususnya dan Negeri Selangor amnya?

    Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Banting ingin bertanyakan soalan berhubung dengan status kemajuan pembinaan Lebuhraya Pantai Barat atau pun WCE di daerah Kuala Langat khususnya dan Negeri Selangor amnya. Untuk makluman Yang Berhormat Kerajaan Negeri telah dimaklumkan melalui Lembaga Lebuh raya Malaysia (LLM) bahawa status kemajuan pembinaan Lebuhraya Pantai Barat di daerah Kuala Langat iaitu Seksyen 1 dan sebahagian Seksyen 2 sehingga September 2020 masing-masing adalah 70.71% dan 50.34%. Manakala kemajuan bagi keseluruhan Negeri Selangor adalah pada tahap 61.22%. Perinciannya adalah seperti berikut. Untuk Seksyen 1 dari Banting ke SKVE, kerjakerja yang terlibat buat masa ini ialah kerja-kerja tanah di sebahagian dari kawasan ini masih lagi kerja-kerja tanah dan menanam cerucuk. Juga kerja-kerja jalan di sebahagian yang lain itu ialah di peringkat subgrade dan juga subbase dan juga kerjakerja perparitan serta penanaman cerucuk yang saya sebutkan tadi. Sebahagian yang lain adalah pembinaan pile cap dan juga crosshead dan launching telah berlaku di sekitar 70.7%. Di Seksyen 2, iaitu daripada SKVE ke KESAS, kerja-kerja sedang peningkatan kerjakerja pengukuhan tanah dengan stone colomn dan juga pembuangan tanah-tanah gambut PIt Removal dan juga kerja-kerja penambakan lapisan pasir sedang berlaku di sekitar 50.34% kemajuan.

  2. Berapakah mesyuarat penyelarasan telah diadakan sejak tahun 2018 yang melibatkan pemegang taruh di Kuala Langat?

    Untuk Bahagian B soalannya adalah berhubung dengan Mesyuarat Penyelarasan yang diadakan di Negeri Selangor, satu jawatankuasa sebenarnya memang wujud dipanggil Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Lebuhraya di dalam Negeri Selangor di mana mesyuarat ini jawatankuasa ini yang memantau semua kemajuan Projek-projek Lebuhraya di Negeri Selangor telah ditubuhkan bertujuan memantau pelaksanaan semua projek-projek di Negeri Selangor dengan mematuhi segala syarat yang telah ditetapkan. Berikut adalah tarikh-tarikh mesyuarat yang telah diadakan yang di pengerusikan oleh Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrasturktur dan Kemudahan Awam dari tahun 2018 hingga 2020.

    Selain itu, satu Mesyuarat Penyelarasan berkaitan dengan isu pelaksanaan Lebuhraya West Coast Espressway telah diadakan pada 15 Januari 2020 yang dipengerusikan oleh Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN). Walaubagaimanapun, pemilik konsesi sentiasa dipantau oleh LLM, Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) dan Jabatan Kerja Raya (JKR). Sebarang pengemaskinian maklumat sentiasa disalurkan kepada Kerajaan Negeri Selangor melalui UPEN termasuk maklumat yang dibentangkan sehingga September 2020 ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.