Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
366) PELABURAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan jumlah pelabur tempatan dan asing yang telah dan akan melabur di DUN Morib terkini.
Bagi tempoh Januari hingga September 2024, sebanyak 13 projek pelaburan melibatkan sektor pembuatan dan perkhidmatan telah diluluskan dalam daerah Kuala Langat dengan nilai pelaburan berjumlah RM 468.94 juta. Dari jumlah ini sebanyak RM 193.35 juta daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM 275.58 juta daripada pelaburan asing. Sebanyak 612 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan daripada kelulusan projek – projek pelaburan ini.
Namun begitu, berdasarkan rekod pihak Kerajaan Negeri terdapat satu cadangan pembangunan kawasan perindustrian oleh syarikat Able Development Sdn Bhd di Kampung Sawah yang terletak dalam DUN Morib.
-
Nyatakan jenis pelaburan dan nilai serta lokasi di DUN Morib terkini.
Jenis pelaburan yang direkodkan dalam DUN Morib adalah melibatkan pembangunan hartanah bagi cadangan pembangunan kawasan perindustrian berkonsepkan Managed Industrial Park (MIP) di Kampung Sawah. Anggaran pelaburan berjumlah RM 3 bilion dan projek ini masih dalam peringkat kelulusan.