Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
350) MENAIKTARAF JALAN-JALAN DI KAWASAN BATANG KALI DAN HULU SELANGOR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah data secara terperinci nama-nama jalan dan agensi/jabatan kerajaan yang bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan jalan-jalan tersebut yang berada di kawasan Hulu Selangor mengikut DUN/ADN yang telah atau belum diwartakan status jalan tersebut mengikut jabatan/agensi kerajaan yang berkaitan?
Bagi Jalan Negeri dan Jalan Persekutuan, Pihak JKR bertanggungjawab ke atas kerja-kerja menaiktaraf, menyelenggara dan membaikpulih jalan tersebut. Senarai Jalan Negeri di Daerah Hulu Selangor adalah seperti di Lampiran A. Walaubagaimanapun pejabat ini tiada senarai jalan negeri di bawah JKR Selangor mengikut DUN. Senarai jalan tersebut adalah di dalam senarai jalan di bawah peruntukan MARRIS dimana kerja-kerja penyelenggaraan dan membaikpulih jalan akan dilaksanakan mengikut keutamaan.
Senarai Jalan Persekutuan mengikut DUN di Daerah Hulu Selangor adalah seperti berikut:-
B05 – Ulu Bernam
FT 01 – Jalan Kuala Lumpur – Tg Malim
FT 1205 – Jalan Sg. Tengi
FT 1207 – Jalan Gedangsa
B06 – Kuala Kubu Bharu
FT 01 – Jalan Kuala Lumpur – Tg Malim
FT 55 – Jalan Kuala Kubu Baru – Gap
FT 56 – Jalan Gap – Bukit Fraser
FT 228 – Jalan Bukit Tagar
B07 – Batang Kali
FT 01 – Jalan Kuala Lumpur – Tg Malim
FT 37 – Jalan Rawang Bypass
FT 3206 – Jalan Masuk Ke Kawasan Perindustrian Batang Kali
FT 3207 – Jalan Masuk Ke Kawasan Perindustrian Batu 30
FT 3208 – Jalan Masuk Ke Kawasan Perindustrian Bukit Beruntung
FT 3219 – Jalan Masuk Kg. Timah SKC, Bukit Beruntung
FT 1208 – Jalan Sg Buaya
-
Adakah jalan-jalan tersebut akan dinaiktaraf dan dibaikpulih pada tahun 2025 dan 2026 dan berapakah anggaran kos yang akan dibelanjakan untuk menaiktaraf dan membaikpulih bagi jalan-jalan yang rosak?
Kerja-kerja penyelenggaraan dan membaikpulih jalan negeri akan dilaksanakan mengikut keutamaan terutamanya projek dibawah KJP. Namun, Cadangan kerja-kerja sebutharga tahun 2025 bagi JKR Daerah Hulu Selangor adalah sebanyak RM3,000,000.00.
Bagi Jalan-Jalan Persekutuan, Pihak JKR telah mengangkat peruntukan sebanyak RM 14,500,000.00 bagi program berkala pavemen MADANI 2025.