Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
347) GOLONGAN ASNAF, FAKIR MISKIN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah golongan asnaf fakir dan miskin yang ada di Pusat Zakat Selangor mengikut Daerah dan DUN di Selangor sehingga kini?
Berikut merupakan jumlah asnaf fakir dan miskin di Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengikut daerah bagi tahun 2024:
DAERAH ASNAF FAKIR (KETUA KELUARGA)
ASNAF MISKIN (KETUA KELUARGA)
Petaling 4,645 9,401 Klang 4,839 7,392 Hulu Langat 4,869 6,358 Gombak 2,671 4,985 Kuala Selangor 1,874 5,613 Hulu Selangor 2,054 4,340 Kuala Langat 2,418 3,355 Sabak Bernam 1,528 3,965 Sepang 1,272 1,932 Jumlah Keseluruhan 26,170 47,341 -
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri secara terperinci dalam membantu golongan ini untuk mengubah taraf asnaf, fakir dan miskin yang sediaada kepada kehidupan yang lebih baik?
Langkah-langkah yang dilaksanakan oleh LZS untuk membantu golongan fakir keluar dari kategori tersebut adalah melalui program pembangunan. Salah satu inisiatifnya ialah ‘5% Club’, yang mensasarkan asnaf produktif. Daripada jumlah asnaf berdaftar, 5% dikenal pasti sebagai asnaf produktif berdasarkan kriteria dan potensi mereka untuk dibangunkan. Mereka ini ditawarkan program pembangunan termasuklah pembangunan kerjaya, kemahiran dan keusahawanan:
- Inisiatif program pembangunan kerjaya dan kemahiran merangkumi peningkatan kemahiran, persediaan asnaf memasuki alam pekerjaan, membantu penempatan pekerjaan (job placement) dan pemberian insentif permulaan pekerjaan. LZS bekerjasama dengan agensi kerajaan dan syarikat swasta untuk membantu asnaf mendapatkan pekerjaan bagi meningkatkan taraf hidup mereka.
- Inisiatif program pembangunan keusahawanan disediakan untuk asnaf yang ingin mengembangkan perniagaan dan meningkatkan pendapatan. Program ini dijalankan dengan kerjasama Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS).
- Inisiatif program pembangunan pendidikan khusus untuk generasi kedua asnaf, bertujuan memastikan mereka mendapat pendidikan yang berkualiti. Pembangunan pendidikan ini merupakan intervensi jangka panjang untuk membantu asnaf keluar dari kemiskinan dengan harapan generasi kedua ini dapat memperoleh pekerjaan dan pendapatan yang mampu menyokong ekonomi keluarga mereka.
- LZS turut menjalankan kerjasama bersama rakan sinergi terdiri daripada badan kerajaan, NGO, institusi pengajian tinggi, industri dan syarikat swasta bagi memanfaatkan kepakaran dan capaian mereka dalam usaha membangunkan asnaf.
- Program pemantauan bagi memantau kemajuan dan peningkatan asnaf hasil daripada penyertaan program pembangunan. Pemantauan ini dijalankan secara fizikal dan berkala ini bertujuan untuk mengenal pasti asnaf yang telah berjaya meningkatkan pendapatan dan akan dikategorikan sebagai keluar dari kategori asnaf, sekiranya mereka melepasi had kifayah.