Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
344) ZAKAT SELANGOR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah data terpeinci penerima bantuan zakat Selangor secara bulanan mengikut DUN dan Daerah pada tahun 2024/2025 yang terkini?
Untuk makluman jumlah keseluruhan asnaf fakir, miskin dan mualaf yang berdaftar dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi tahun 2024 adalah sebanyak 77,782 ketua keluarga. Perincian jumlah asnaf adalah seperti berikut:
ASNAF JUMLAH (KETUA KELUARGA) Fakir 26,170 Miskin 47,341 Mualaf 4,361 Jumlah Keseluruhan 77,872 Keluarga asnaf ini disantuni secara bulanan dengan bantuan zakat seperti bantuan kewangan bulanan, bantuan makanan bulanan dan bantuan sewa rumah. Perincian data penerima bantuan zakat secara bulanan mengikut daerah adalah seperti berikut:
DAERAH BILANGAN PENERIMA ASNAF FAKIR ASNAF MISKIN ASNAF MUALAF Kewangan Sewa Makanan Kewangan Sewa Makanan Kewangan Sewa Makanan Gombak 2,444 994 1,362 2,645 1,543 1,967 380 119 37 Hulu Langat 4,756 1,764 2,687 4,793 1,471 3,038 445 140 51 Hulu Selangor 1,931 664 1,190 2,810 1,121 1,605 266 68 20 Klang 4,531 1,566 1,374 4,744 2,388 1,237 590 206 40 Kuala Langat 2,229 743 771 1,819 859 576 120 42 4 Kuala Selangor 1,563 769 808 2,582 1,563 1,506 120 84 8 Petaling 4,202 1,139 1,383 6,160 1,530 1,470 590 190 32 Sabak Bernam 1,132 326 406 1,861 651 834 53 33 6 Sepang 1,152 506 319 1,067 683 308 180 56 8 Jumlah 23,940 8,471 10,300 28,481 11,809 12,541 2,744 938 206 -
Apakah data terkini bantuan-bantuan kewangan yang boleh Pusat Zakat salurkan kepada SAR,SRA,KAFA,Surau Masjid dan Institusi Pendidikan? Dan bagaimana mekanisma atau kaedah yang digunakan oleh Pusat Zakat Selangor atau Daerah untuk setiap permohonan?
Bantuan kewangan yang disalurkan oleh LZS adalah berbentuk sumbangan yang diberikan kepada institusi agama/sekolah agama. Sumbangan ini bertujuan memberi keselesaan dan kemudahan kepada umat Islam atau pelajar-pelajar untuk beribadah dan belajar dengan fasiliti yang lebih baik. Antara bantuan yang disalurkan adalah seperti berikut:
BIL SENARAI BANTUAN KATEGORI ASNAF
MEKANISME PERMOHONAN 1 Bantuan Program Penerapan Nilai Islam Fisabilillah
Permohonan boleh dibuat di 19 cawangan LZS dan perlu mendapatkan pengesahan dan sokongan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)/Pejabat Agama Islam Daerah.
2 Bantuan Sumbangan Peralatan & Bina/Baik Pulih Institusi Agama. Contoh: PA Sistem, peralatan solat, penggantian karpet, pembinaan dan baik pulih bangunan yang rosak.
Fisabilillah
3 Sumbangan dan Bantuan Pembelian Van Jenazah Fisabilillah