Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
340) KUARI DI DUN KUANG
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Merujuk jawapan kepada soalan bertulis sesi 1, Tahun 2024. Terdapat 9 buah kuari yang telah diluluskan dan sedang beroperasi di dalam Hutan Simpan Bukit Lagong sehingga 2026. Sila nyatakan syarikat yang diberikan lesen untuk operasi kuari ini dan lokasi tepat 9 kuari berkenaan.
MMKN telah meluluskan Sembilan (9) senarai pemegang lessen kecil (Kuari) di Hutan Simpan Bukit Lagong, Hutan Simpan Sungai Lalang dan Hutan Simpan Ulu Gombak. Sehubungan itu, terdapat enam (6) senarai pemegang lessen kecil (Kuari) yang diluluskan dan sedang beroperasi di Hutan Simpan Bukit Lagong sehingga 2026 seperti yang berikut :
- Syarikat Perkuat Kuari Sdn. Bhd.
- Syarikat Terang Industri Sdn. Bhd.
- Syarikat Layar Generasi (M) Sdn. Bhd.
- Syarikat Mahir Sempurna Sdn. Bhd.
- Syarikat Rajang Budiman Sdn. Bhd.
- Permodalan Negeri Selangor Berhad.