Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

339) DEWAN ORANG RAMAI BANDAR TASIK PUTERI

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Merujuk jawapan kepada soalan bertulis pada Mesyuarat Pertama Penggal kedua, Dewan Orang Ramai BTP ini dijangkakan siap pada 17 September 2024. Tetapi sehingga 31 Disember 2024, pembinaan masih belum siap sepenuhnya. Apakah status terkini pembinaan?

    Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan syor pihak perunding yang dilantik, tempoh lanjutan masa telah diberikan sebanyak 171 hari kepada kontraktor dengan tarikh siap kerja baharu pada 7 Mac 2025. Status terkini pembinaan sehingga tarikh 31 Januari 2025 adalah sebanyak 61.28%.

  2. Apakah punca kelewatan pembinaan tersebut?

    Untuk makluman Yang Berhormat, lanjutan masa yang diberikan disebabkan oleh faktor cuaca luar jangkaan (hujan lebat dan ribut petir) serta keadaan tapak pembinaan yang berbukit dan menyebabkan kesukaran proses pembinaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.