Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

336) KESESAKAN DI PUSAT BANDAR TASIK PUTERI

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Jalan utama yang menghubungkan 2 buah sekolah rendah, 1 sekolah menengah, 1 sekolah rendah agama dan sebuah surau menyebabkan aliran trafik yang tinggi pada waktu tengah hari dan petang. Apakah perancangan kerajaan menangani masalah kesesakan jalan?

    Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini terdapat beberapa kaedah penyelesaian yang dicadangkan bagi mengurangkan risiko kesesakan lalulintas di kawasan komersial serta kawasan sekolah tersebut. Antara cadangan penyelesaian yang dicadangkan adalah seperti pelaksanaan jalan sehala secara bertempoh dan kekal. Selain itu penambahbaikan aksesori jalan seperti papan tanda dan penandaan garisan jalan sebagai alat yang dapat membantu menangani masalah kesesakan jalan di kawasan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.