Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
304) BANTUAN KEPADA PENIAGA KECIL DAN PENJAJA
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Dalam keadaan ekonomi yang teruk ini ramai rakyat yang berniaga dan menjaja dijalanan. Apakah bantuan yang boleh diberikan kepada mereka supaya boleh terus mencari rezeki mengikut saluran yang betul dan adakah cadangan supaya membuat penambahan kiosk dikawasan - kawasan yang strategik terutamanya di kawasan Pekan Dengkil , Kg Sungai Merab , Bandar Putra Perdana dan Kg Jenderam Hilir?
Antara bantuan yang diberikan kepada usahawan kecil adalah penempatan penjaja di tapak berpusat di sekitar daerah Sepang. Terdapat 17 lokasi tapak berpusat di daerah Sepang bagi membantu usahawan kecil di daerah ini untuk mencari rezeki mengikut saluran yang betul iaitu :
- Pusat Penjaja UNITEN
- Dengkil Walk
- Tapak Pasar Malam Dengkil
- Salak
- Bagan Lalang
- KIP Sentral Kota Warisan
- Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) Walk
- Taman Putra Perdana 5D
- Mykiosk Taman Putra Perdana 5C
- Mykiosk Taman Putra Perdana 5E
- Mykiosk Taman Dahlia
- Lorong Seni
- Mykiosk Jenderam Hilir
- Mykiosk Salak
- Mykiosk Sepang Putra
- Mykiosk Kota Warisan
- Mykiosk KIP Sentral
Selain itu, program-program digitalisasi juga turut diadakan bagi membuka peluang kepada usahawan kecil untuk mengembangkan perniagaan mereka menuju zaman moden dan berteknologi tinggi. Antara program digitalisasi yang dianjurkan adalah seperti program UPLATS dan Program Selangor 1000 Digital Siri 3: Sepang dan program-program seperti ini telah melibatkan seramai lebih 400 usahawan kecil di Daerah Sepang.
Bantuan lain yang turut diberikan kepada usahawan kecil juga adalah seperti penempatan Bazar Ramadan yang mana program Bazar Ramadan ini turut membuka peluang kepada peniaga untuk mencari rezeki sekaligus menambah pendapatan menjelang perayaan Aidilfitri. Sebanyak 12 lokasi Bazar Ramadan bagi Tahun 2025 telah dibuka dibawah pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang dengan bilangan jumlah petak 894.