Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
301) KESELAMATAN JALAN RAYA
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah yang diambil untuk meningkatkan keselamatan jalan raya di Selangor terutama di Selat Klang?
Pendekatan yang diambil seperti berikut:-
- Pendidikan
JSPT sering mengadakan program advokasi keselamatan jalan raya bersama agensi atau sekolah yang menyasarkan pengguna dari pelbagai peringkat umur, termasuk kanak-kana, remaja dan warga pekerja. Hebahan menyebarkan mesej berbentuk peringatan, amaran, dan nasihat untuk menanam mentaliti pemanduan berhemah dalam kalangan pengguna jalan raya. JSPT IPK juga turut turun padang dalam mendekati pekerja-pekerja industri seperti Syarikat Toyota Malaysia, DAIKIN Malaysia Sdn.Bhd, NORTH PORT dan industri –industri dibawah naungan PERKESO dengan memberi ceramah keselamatan jalan raya.
- Kejuruteraan infrastuktur
JSPT melaksanakan kajian lalu lintas bersama agensi keselamatan jalan raya untuk mengenal pasti kawasan yang sering berlaku kemalangan dan mengambil tindakan pembaikan jalan yang sesuai. JSPT mempunyai senarai lokasi blackspot yang mana kekerapan berlaku kemalangan dan salah satunya adalah bentuk muka bumi atau struktur jalan yang tidak di baik pulih atau kurang pencahayaan. Memberi cadangan membina penghalang kekal dan bonggol di lokasi-lokasi strategik bagi mengurangkan risiko kemalangan.
- Penguatkuasaan Secara Total
Melaksanakan operasi rutin, operasi berfokus, dan operasi bersepadu, op kesalahan utama untuk mengesan dan mencegah kesalamatan jalan raya. Terutama kemalangan melibatkan motosikal yang menyumbang kepada kemalangan. Selian itu operasi perdagangan sentiasa diadakan setiap hari di Selangor.
-
Apakah kempen kesedaran yang dijalankan untuk mengurangkan kemalangan?
Pendekatan yang diambil seperti berikut:-
- Kempen Keselamatan Jalan Raya (MKJR)
Dianjurkan oleh Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR).
Kerjasama semua agensi penguatkuasaan bagi meningkatkan kesedaran melalui program pendidikan, ceramah, dan hebahan media. Menekankan aspek pemakaian tali pinggang keledar dan topi keledar, had laju, dan pemanduan berhemah.
- Kempen Op Selamat
Dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia khususnya JSPT setiap kali musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina. Tujuan Kempen Op Selamat diadakan untuk mengurangkan kadar kemalangan dengan penguatkuasaan lebih ketat di jalan raya.
Tindakan rondaan serta sekatan jalan raya untuk memastikan pematuhan peraturan lalu lintas serta Op Lancar dengan membantu penyuraian dan kelancaran.
- Kempen Keselamatan di sekolah-sekilah (Op Didik)
Di peringkat sekolah, JSPT turut serta mengajar pelajar mengenai kepentingan lintasan zebra, lampu isyarat, dan keselamatan semasa menunggang basikal. Selian itu, JSPT memberi penekanan kepada pelajar yang menunggang motosikal ke sekolah tanpa memiliki lesen memandu dan kepada pelajar yang terlibat dengan gejala lumba haram di jalan raya. Seiring itu juga, JSPT turut memberi penekanan kepada pengguna kenderaan tidak bermotor seperti mikromobiliti yang semakin meningkat penggunaannya di jalanraya utama. Dikembarkan statistik Kempen di sekolah OP Didik JSPT tahun 2024 seperti berikut:-
KEMPEN DISEKOLAH-SEKOLAH OP DIDIK JSPT BAGI TAHUN 2024 JUMLAH PAMERAN CERAMAH & KEMPEN 101 84