Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

298) KLINIK DESA SUNGAI UDANG

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri ada perancangan untuk menaik taraf Klinik Desa Sungai Udang menjadi klinik kesihatan bagi memenuhi keperluan penduduk yang semakin meningkat?

    Untuk makluman, Klinik Desa Sungai Udang adalah tidak sesuai dinaik taraf menjadi klinik kesihatan disebabkan tanah Klinik Desa Sungai Udang mempunyai keluasan yang kecil dan pada masa yang sama terletak berhampiran, iaitu sekitar 6 km dari Klinik Kesihatan Pandamaran.

    Jabatan Kesihatan Negeri Selangor juga telah merancang untuk meroboh dan membina baru Klinik Kesihatan Jenis 1 Pandamaran dalam RMK-13 Rolling Plan 1 Tahun 2025 dan ia telah dibentang pada 9 Januari 2025 di peringkat Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini bagi memberikan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif kepada penduduk setempat dan penduduk di kawasan Sungai Udang pada masa hadapan.

Lampiran

Tiada Lampiran.