Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

297) ALAM SEKITAR

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam pemuliharaan alam sekitar dan kesannya kepada Selat Klang?

    Jabatan Alam Sekitar telah melaksanakan beberapa langkah bagi pemuliharaan alam sekitar seperti berikut:

     

    • bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan dalam mengeluarkan ulasan bagi memastikan aktiviti pembangunan yang lestari di dalam proses memajukan negara;
    • menjalankan pemantauan dan pemeriksaan berkala bagi tujuan penguatkuasaan ke atas kilang-kilang yang sedang beroperasi dari masa ke semasa;
    • menyediakan platform penerimaan aduan melalui laman sesawang https://eaduan.doe.gov.my/ bagi orang awam menyampaikan maklumat atau isu berkaitan alam sekitar;
    • menjalankan siasatan terhadap aduan yang diterima serta mengambil tindakan perundangan bagi setiap aduan yang dikenalpasti berasas di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974; dan
    • menjalankan kempen atau aktiviti kesedaran alam sekitar bersama pihak komuniti setempat, institusi pengajian tinggi, sekolah dan industri dari masa ke semasa.
  2. Apakah kempen kesedaran alam sekitar yang dijalankan untuk melibatkan komuniti tempatan?

    Jabatan Alam Sekitar juga sentiasa dan terus menjalankan kempen-kempen kesedaran dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran dan memupuk sifat tanggungjawab dikalangan masyarakat selaras dengan tema alam sekitar tanggungjawab bersama. Antara program yang dijalankan bersama komuniti tempatan adalah seperti berikut:

     

    • Program pengumpulan e-waste;
    • Program kesedaran berkaitan pencemaran udara, pengurusan kebakaran tanah gambut dan perlindungan lapisan ozon;
    • Program pembersihan pantai dan sungai;
    • Program Plastic Busters;
    • Ceramah berkaitan alam sekitar melibatkan penduduk dan komuniti setempat; dan
    • Pameran alam sekitar.

     

    Selain itu, Jabatan Alam Sekitar juga turut menjalankan program-program kesedaran dengan penglibatan masyarakat dan orang awam bersempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara, Hari Ozon Sedunia, Hari Bumi dan Hari Alam Sekitar Sedunia.

Lampiran

Tiada Lampiran.