Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
291) PROJEK PENSWASTAAN YANG DIMETERAI OLEH PKNS
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah projek penswastaan yang telah dimeterai oleh PKNS dan jumlah pulangan yang dijangka? Senaraikan perjanjian penswastaan yang gagal dan syarikat-syarikat yang terlibat dan apakah tindakan selanjutnya?
Sepanjang tahun 2017 hingga 2024, sebanyak lapan (8) Projek Penswastaan telah dimuktamadkan dan Perjanjian Penswastaan telah dimeterai dengan jangkaan pulangan berjumlah RM703 juta. Sepanjang tempoh tersebut tiada Projek Penswastaan yang gagal.